Friday, December 14, 2012
RASULULLAH MENANGIS KETIKA DI PADANG MAHSYAR
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud: “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman:“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Rasulullah SAW Membela Umatnya
Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku… Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku… Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”
Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”
“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”
Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”
Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”
Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji. Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
KISAH TIGA SAHABAT YANG DIPULAUKAN
Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan ke Tabuk boleh dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w. malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.
Kata mereka: “Janganlah berpergian dalam keadaan panas” (SURAH AT-TAUBAH ayat 81)
Allah s.w.t. menjawab: “API NERAKA LEBIH PANAS LAGI”
Diantara orang-orang yang beriman pula seperti mana yang telah dikatakan tadi, hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin. Mereka ini ialah Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka’ab bin Malik. Murarah tidak bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabatnya kerana buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan terpaksa dikutip. Dia menyangka yang penyertaannya dalam lain-lain peperangan terdahulu daripada ini dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang sedang dihadapi. Disini dia telah melakukan kesalahan mementingkan hartanya daripada Allah s.w.t.. Apabila dia menyedari kesalahannya dia mendermakan kebunnya kepada orang. Akan Hilal pula dia sibuk mendampingi kaum keluarganya yang pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota itu beberapa ketika lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah menyertai beberapa peperangan yang terdahulu.Ternyata yang Hilal telah melakukan kesalahan mementingkan kaum keluarga nya daripada Allah s.w.t.. Setelah menyedari kesalahannya dia telah emmutuskan perhubungan dengan kaum kerabatnya. Mengenai Ka’ab pula, dengarlah cerita seperti yang diceritakan olehnya sendiri. Cerita Ka’ab ini terkandung didalam semua buku-buku Hadis. Katanya: “Semasa berlaku gerakan keTabuk keadaan hidup aku agak mewah.Aku mempunyai dua ekor unta kepunyaan saya sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki bilangan unta seperti tersebut tadi.
Telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. yang ia tidak suka memberitahu kepada umum tentang tempat yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin, tetapi sekali ini oleh kerana jauhnya perjalanan yang mensti ditempuhi, kerana musim kemarau pada masa itu dan oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia terpaksa menceritakan segala-galanya agar persiapan-persiapan dapat diperbuat dengan sempurnanya. Orang-orang yang bakal memnyertai pergerakan ke Tabuk terlalu banyak sehingga tidak mungkin diketahui nama-nama mereka semuanya. Demikian juga payahnya untuk mengetahui nama-nama meraka yang tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w.. Pada ketika itu kebun-kebun di Madinah telah penuh dengan buah-buah yang telah masak. Tiap-tiap pagi saya bercita-cita hendak membuat persiapan-persiapan agar dapat menyertai tentera Muslimin, tetapi entah bagaimana keazaman saya itu tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui benar-benar yang saya dapat menyertai mereka bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan saya yang demikianlah maka berita mengenai keberangkatan tentera Muslim telah sampai kepengetahuan saya. Saya masih berpendapat yang saya mendahului mereka sekiranya saya dapat bersiap sedia dalam sehari-dua.”
“Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tegas berlanjutan sehingga tibalah masanya tentera-tentera Muslimin hampir tiba di Tabuk. Dalam keadaan yang demikian pun saya masih juga menangguh-nangguh. Tiba-tiba apabila saya melihat orang-orang yang tertinggal diMadinah saya menyedari yang kebanyakkan daripada mereka ini terdiri daripada kaum-kaum munafikin dan mereka yang telah sengaja diuzurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana sebab-sebab yang tertentu. Setibanya Nabi Muhammad s.a.w. ke Tabuk, Baginda s.a.w. pun bertanya: ‘Mengapa aku tidak melihat Ka’ab?” Jawab salah seorang daripada para sahabat: “Ya Nabi Muhammad s.a.w., kebanggaannya kepada harta dan kesenangan kehidupannya telah menyebabkan dia tertinggal kebelakang.’ Maaz mencelah sambil berkata: “Tidak, Ini tidak mungkin. Setahu kami dia adalah seorang Mukmin yang sebenar-benarnya.” Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengeluarkan sepatah katapun.”
Ka’ab meneruskan ceritanya:
“Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan Nabi Muhammad s.a.w. saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih dan kesal yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu yang mungkin dikemukakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengelakkan kemurkaan Baginda s.a.w. terbayang-bayang dikepala saya. Saya juga telah meminta nasihat daripada orang-orang yang cerdik pandai dikalangan keluarga saya, tetapi akhirnya alasan-alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan hendak bercakap benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.Telah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w.., apabila Baginda s.a.w.balik dari suatu perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. akan singgah dimasjid untuk mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta beramah mesra dengan pelawat-pelawatnya. Pada ketika ini datanglah orang munafik bersumpah-sumpah sambil memberi sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w. keTabuk. Nabi Muhammad s.a.w.menerima saja alasan-alasan yang diucapkan oelh lidah-lidah mereka sedangkan kandungan batin mereka tinggalkan kepada Allah s.w.t.untuk membereskannya. Kemudian saya pun tibalah untuk menemui Rasulullah s.a.w. lantas memberi salam kepada Baginda s.a.w.. Suatu senyuman yang tawar, Baginda s.a.w. menolehkan mukanya kearah lain. Saya berkata:” Wahai Rasulullah ,Tuan memalingkan muka Tuan dari saya.Demi Allah s.w.t., saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran agama saya.” Baginda s.a.w. menyuruh saya mendekati lalu bertanya: “Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah s.a.w., kalau kepada orang lain sudah tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai kerana Allah s.w.t. telah mengurniakan saya dengan kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan, walaupun saya dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang memuaskan hati Tuan, sudah tentu Allah s.w.t. akan memurkai saya. Sebaliknya kalau saya menimbulkan kemarahan Tuan dengan bercakap benar saya percaya lambat-laun kemarahan Tuan itu akan dihapuskan oleh Allah s.w.t. . Oleh itu saya bercakap benar. Demi Allah s.w.t. saya tidak ada sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya mewah.” Kata Nabi Muhammad s.a.w. “Dia sedang bercakap benar.” Kemudian Baginda s.a.w berkata: “Pergilah kamu dan Allah s.w.t.. akan menentukan sesuatu bagi kamu.”
Apabila saya meninggalktan Nabi Muhammad s.a.w.. orang-orang dari puak saya telah menyalahi saya kerana telah bercakap benar dihadapan Rasulullah. Kata mereka: Kamu sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang kesalahan . Kalaulah setelah memberi satu-satu alasan yang sesuai, kamu meminta Nabi Muhammad s.a.w. berdoa untuk diampunkan oleh Allah s.w.t., yang demikian itu sudah tentu mencukupi. “Kemudian saya bertanya kalau-kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka menceritakan mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka juga telah mengakui kesalahan mereka dan menerima jawapan yang sama. Saya tahui yang mereka ini adalah penganut-penganut agama Islam yang sejati dan telah mengambil bahagian dalam Peperangan Badar.
Nabi Muhammad s.a.w. sudah memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan. Tidak ada seorang pun yang berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami. Pada masa itu saya berasa seolah-olah saya tinggal berdagang dirantau orang. Kawan-kawan berkelakuan seperti orang asing. Dunia yang begitu luas menjadi sempit. Kalau saya mati Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya kalau Baginda s.a.w. wafat sudah tentu pemboikotan yang dikenakan keatas saya akan berterusan sehingga keakhir hayat saya. Kawan-kawan saya yang berdua itu tidak menampakkan diri mereka diluar rumah sedangkan saya memberanikan diri dengan berjalan-jalan dipasar dan bersembahyang berjemaah tetapi saya tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Kadang-kadang saya memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad s.a.w. sambil memberikan salam. Saya menunggu-nuggu jawapannya dengan penuh harapan. Kerapkali selepas menunaikan solat fardhu saya akan menunaikan solat sunnat berhampiran dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ingin mengetahui sama ada Baginda s.a.w. akan memandang saya atau tidak. Ya, Baginda s.a.w. memandangkan saya semasa berada dalam sembahyang. Diluar sembahyang Baginda s.a.w. memalingkan pandangannya dari saya.”
“Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi menderitai pemulauan sosial yang dikenakan keatas saya, saya telah memanjat tembok kebun sepupu saya, Qatadah. Saya mengucapkan salam kepadanya tetapi dia tidak menjawab. Saya menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Saya bertanya:”Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah s.w.t. dan RasulNya?” Soalan saya itu terpaksa diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiganya baharulah dia menjawab: “Hanya Allah s.w.t.dan RasulNya yang mengetahui.” Mendengar jawapannya itu saya menangis lalu meninggalkannya.”
“Pada suatu ketika sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah, saya terpandang akan seorang Kristian bangsa Mesir yang telah datang dari Sham. Rupa-rupanya orang itu sedang mencari saya. Apabila orang ramai disitu menunjukkan saya dia pun menghampiri saya sambil menyerahkan sepucuk surat daripada Raja Kristian yang memerintah Ghassan. Surat itu berbunyi: “Kami telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu perolehi dari ketua kamu. Allah s.w.t. tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Eloklah kamu menyertai kami dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu.” Apabila saya membaca surat ini saya mengucapkan: “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN.” Demikianlah hal keadaan saya sehingga orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad. Saya tidak dapat membayangkan sbegala kecelakaan yang menimpa diri saya. Dengan serta merta saya mencampakkan surat itu kedalam api dan saya pun terus pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kata saya: “Ya Rasulullah s.a.w., saya telah tergelincir didalam jurang kehinaan yang amat dahsyat sehinggakan orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad.”
“Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang utusan Nabi Muhammad s.a.w. mendatangi saya dengan membawa satu perintah baru dari Nabi Muhammad s.a.w. Saya diperintahkan supaya berpisah dari isteri saya. Saya bertanya kepada utusan itu sama ada isteri saya terpaksa diceraikan. Dia hanya menmyuruh saya berpsah dari isteri saya. Perintah yang sama diberikan kepada sahabat-sahabat yg berdua itu. Kata saya kepada isteri saya:”Pergilah kamu tinggal bersama-sama orangtuamu sehingga Allah s.w.t. menetukan sesuatu bagiku.” Isteri Hilal pun telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengadu kepada Baginda s.a.w: “Ya Rasulllah,Hilal sudah tua dan tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau aku meninggalkannya sudah tentu dia akan mati.
Izinkan aku supaya menjagainya. “Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Baiklah tetapi jangan melakukan perhubungan jenis.” Kata isteri Hilal: “Ya Rasulullah, dia sudah tidak ada keinginan semenjak pemulauan dikenakan keatasnya. Dia menghabiskan masanya dengan menangis.”
Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran daripada Nabi Muhammad s.a.w. untuk membolehkan isteri saya tinggal bersama-sama saya tetapi saya enggan berbuat demikian kerana saya masih muda sedangkan Hilal sudah tua. Lagi pula saya tidak berani membuat permintaan yang demikian. Sehingga ini pemulauan telah dijalankan keatas kami selama lima puluh hari.
Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk diatas bumbung rumah saya, setelah melakukan Solat Faja, saya terdengar ortang menjerit dari kemuncak bukit Salak. ”Ada berita gembira buat kamu ya Ka’ab.” Sebaik sahaja saya mendengar berita itu saya pun bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.. Saya tahu yang saya telah perolehi keampunan daripada Allah s.w.t.. Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w. mengistiharkan keampunan Allah s.w.t. kepada kami bertiga selepas solat Subuh itu.Kemudian datang pula seorang penunggang kuda membawa berita yang sama. Oleh kerana kegembiraan yang amat sangat saya telah menghadiahkan pakaian yang terlekat dibadan saya kepada pembawa berita gembira itu.Pada masa itu saya hanyai miliki pakaian yang sedang saya pakai tadi. Oleh hal yang demikian saya meminjam sehelai pakaian dari sahabat saya dan memakai pakaian itu dan saya terus pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Apabila saya tiba dimasjid orang-orang yang sedang berbual-buak dengan Rasulullah s.a.w. datang menerpa dan memegang tangan saya sambil mengucapkan tahniah. Orang yang mula-mula mengucapkan tahniah kepada saya ialah Talhah.Kemudian saya pun menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. . Muka Baginda s.a.w. berseri-seri dengan cahaya kegembiraan.
Saya berkata kepada Baginda s.a.w. : “Ya Rasulullah, saya bercadang hendak mendermakan semua harta saya sebagai mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah sudi menerima taubat saya.” Baginda s.a.w.. berkata: “Janganlah habiskan semua harta kamu. Tinggalkan sedikit untuk kepentingan dirimu.” Saya pun mendermakan harta saya kecuali rampasan yang diperolehi dalam Peperangan Khaibar.”
“Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak bercakap benar pada setiap masa.”
KISAH PERUTUSAN RASULULLAH KEPADA RAJA ROM
Kisah perutusan Rasulullah SAW kepada satu kerajaan besar pada zaman Rasulullah iaitu kerajaan Rom di bawah pemerintahan rajanya bernama Hiraklius atau Hercules diperincikan dalam kisah kali ini yang sangat menarik untuk tatapan pembaca sekelian. Ikutilah kisah bersejarah ini seterusnya.
Rasulullah telah memilih Sayyidina Dehya’ al Qalbi sebagai utusan kepada Hiraklius (Hercules), Kaisar atau Raja Rom. Pusat pemerintahan kerajaan Rom adalah di Kostantinopel, Turki. Selain dari Eropah, kerajaan Rom juga menguasai negara Syam dan Mesir. Rom telah menang terhadap Parsi dalam peperangan besar terakhir di antara mereka. Dua kerajaan ini adalah dua empayar yang menguasai dunia ketika itu. Beberapa tahun sebelum itu, Rom telah dikalahkan oleh Parsi. Selepas kekalahan itu, Hiraklius telah bernazar akan berjalan kaki untuk melakukan ibadah haji sekiranya Rom dapat mengalahkan Parsi. Dia berazam akan berjalan kaki dari Kostantinopel ke Baitul Maqdis. Setelah Rom menang pada kali ini, Hiraklius ingin menunaikan nazarnya.
Ketika dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, dia bermimpi bahawa kerajaannya akan dijatuhkan oleh satu kaum yang berkhatan. Sebaik sahaja tiba di Baitul Maqdis, dia bertanya kepada para pendeta Baitul Maqdis siapakah yang berkhatan di negeri mereka. Para pendeta memberitahu bahawa hanya orang Yahudi yang berkhatan. Hiraklius berazam akan menghapuskan seluruh keturunan Yahudi yang berada di Syam. Sebelum sempat bertindak kepada bangsa Yahudi, Hiraklius mendapat tahu bahawa orang Arab juga ada yang berkhatan. Seorang pencuri daripada bangsa Arab telah ditangkap. Apabila diperiksa tentera Rom mendapati lelaki Arab ini berkhatan. Mereka segera memberitahu Hiraklius bahawa orang Arab juga berkhatan. Hiraklius minta supaya pencuri itu dibawa kepadanya.
Dia bertanya kepada pencuri itu, “Siapa kamu?”
Lelaki itu memberitahu namanya dan dia berbangsa Arab daripada suku Quraisy.
Hiraklius bertanya lagi, “Adakah sesuatu yang pelik berlaku di tempat kamu?”
Lelaki itu memberitahu, “Ada seorang lelaki bernama Muhammad dari kalangan kami telah mengaku menjadi Nabi.”
Hiraklius tidak terkejut kerana sememangnya dia mengetahui bahawa ada Nabi yang akan diutuskan kerana dia juga seorang yang alim dengan ilmu Kitab Nasrani. Hiraklius mahu mengetahui lagi tentang kemunculan Nabi daripada bangsa Arab ini. Dia telah memerintahkan tenteranya supaya membawa kepadanya orang Arab Quraisy yang sedang berada di Syam.
Ketika itu Abu Sufyan dan para peniaga Mekah sedang berada di Syam. Lalu merekalah yang dibawa bertemu Hiraklius. Imam Bukhari telah merakamkan di dalam Sohihul Bukhari perbualan berikut di antara Hiraklius dan Abu Sufyan.
Hiraklius bertanya kepada rombongan Abu Sufyan, “Siapakah di kalangan kamu yang paling dekat nasabnya dengan Muhammad?”
Abu Sufyan menjawab, “Akulah yang paling dekat.”
Nasabnya bertemu dengan Rasulullah pada datuknya yang kelima. Kaisar memerintahkan rombongan Quraisy duduk dan Abu Sufyan mengadapnya. Hiraklius mahu Abu Sufyan menjawab semua soalannya dengan jujur. Sekiranya Abu Sufyan berbohong Hiraklius mahu semua anggota rombongan yang lain memberi jawapan yang benar.
Abu Sufyan menegaskan, “Demi Allah, sekalipun aku berbohong tiada siapa yang akan membantah kerana kedudukan aku di kalangan mereka. Tetapi aku seorang pemimpin Quraisy. Berbohong adalah aib besar apatah lagi di hadapan orang ramai.”
Seterusnya berlakulah dialog di antara Hiraklius dan Abu Sufyan.
Hiraklius: “Bagaimana nasabnya?”
Abu Sufyan: “Dia daripada keturunan yang mulia”.
Hiraklius: “Apakah ada orang sebelumnya membuat pengakuan yang serupa?
Abu Sufyan: “Tidak ada.”
Hiraklius: “Apakah ada di kalangan datuk-datuknya raja?”
Abu Sufyan: “Tidak ada.”
Hiraklius: “ Apakah pengikutnya dari kalangan pembesar atau daripada kalangan rakyat jelata?”
Abu Sufyan: “Bahkan pengikutnya dari kalangan rakyat jelata.”
Heraklius: “Apakah jumlah mereka bertambah atau berkurang?”
Abu Sufyan: “Jumlah mereka bertambah.”
Hiraklius: “ Apakah ada salah seorang dari mereka murtad dari agamany.a kerana benci kepada agamanya?”
Abu Sufyan: “Tidak ada.”
Hiraklius: “Apakah kamu menuduh dia menipu sebelum dia membawa apa yang dibawanya sekarang ?”
Abu Sufyan: “Tidak.”
Hiraklius: “Apakah dia mengkhianati perjanjian?”
Abu Sufyan: “Tidak, tetapi sekarang kami sedang dalam tempoh perjanjian dengannya. Kami tidak tahu kali ini apakah dia akan khianat atau tidak.”
Abu Sufyan memang mencari-cari peluang untuk memburukkan Rasulullah SAW di depan Hiraklius namun tiada peluang melainkan dalam jawapan ini.
Hiraklius: “Apakah kamu memeranginya?”
Abu Sufyan: “Ya, kami memeranginya.”
Hiraklius: “Bagaimana kesudahan peperangan kamu dengannya?”
Abu Sufyan: “Peperangan di antara kami dengan mereka silih berganti, adakala mereka menang, adakalanya kami menang.”
Hiraklius: “Apakah yang dia perintahkan kepada kamu?”
Abu Sufyan: “Dia memerintahkan kami supaya menyembah Allah yang Esa dan melarang kami dari mensyirikkan Allah Dia juga memerintahkan kami meninggalkan apa yang disebut oleh ayah dan datuk kami. Dia juga memerintahkan kami mendirikan sembahyang, berkata benar, menjauhi maksiat dan menyambungkan silaturrahim.”
Semua soalan Hiraklius kepada Abu Sufyan adalah berdasarkan ciri-ciri Nabi akhir zaman yang diketahuinya dalam kitab Nasrani. Setelah mendengar keterangan Abu Sufyan,
Hiraklius telah membuat kesimpulan berikut: Hiraklius menitahkan kepada penterjemahnya, “Katakan kepada Abu Sufyan, aku telah bertanya tentang nasabnya dan kamu memberitahuku bahawa dia dari keturunan yang mulia. Demikianlah para Rasul diutuskan dari nasab yang mulia di kalangan kaumnya.”
“Aku bertanya kamu, apakah ada orang lain yang mengaku sepertinya, kamu kata tidak ada, kalau ada orang lain yang mengaku sebelumnya nescaya aku akan mengatakan bahawa dia meniru seseorang sebelumnya.”
“Aku tanya kamu, adakah dia dari pada keturunan raja, kamu jawab, tidak. Kalau dia dari keturunan raja nescaya aku akan berkata bahawa dia mahu mengembalikan pemerintahan ayahnya.”
“Aku juga bertanya kamu, apakah kamu menuduh dia sebagai penipu sebelum dia membawa dakwahnya. Kamu jawab, tidak. Kalaulah dia meninggalkan dusta terhadap manusia tentu dia tak akan mendustakan Allah.”
“Aku bertanya kamu, apakah golongan pembesar yang mengikutinya atau rakyat jelata. Kamu kata, rakyat jelata yang mengikutinya. Mereka adalah pengikut para Rasul.”
“Aku bertanya kamu apakah mereka bertambah atau berkurang. Kamu katakan bahawa mereka bertambah. Maka begitulah keadaan Iman sehinggalah ia mencapai kemenangan.”
“Aku bertanya kamu, apakah ada salah seorang dari mereka murtad dari agamanya kerana membenci agama itu setelah dia memeluknya. Kamu jawab, tiada. Begitulah Iman apabila ia telah bertakhta di hati.”
“Aku bertanya kamu, apakah dia pemah mengkhianati perjanjian. Kamu kata dia tidak pemah mengkhianati janji. Begitulah akhlak para Rasul, mereka tidak khianat.”
“Aku bertanya kamu apa yang dia perintahkan pada kamu. Kamu jawab, dia memerintahkan kamu agar menyembah Allah yang Esa dan tidak mensyirikkan-Nya. Dia juga memerintahkan kamu mendirikan sembahyang, berkata benar, menjauhi maksiat dan menyambung silaturrahim.”
Akhirnya Hiraklius menyatakan, “Kalaulah benar apa yang kamu nyatakan tadi, pasti dia akan menguasai tempat aku berdiri ini. Dia pasti akan mendapat kuasa pemerintahan dan pemerintahannya akan sampai ke tempat ini. Telah ada dalam pengetahuanku bahawa seorang Nabi akan diutuskan tetapi aku sama sekali tidak menyangka bahawa dia daripada kalangan kamu. Kalaulah aku sudah meyakininya aku akan berjalan kepadanya dan kalau aku sudah berada di sisinya aku akan membasuh kakinya.”
Selepas sahaja Abu Sufyan keluar dari pertemuan itu dia berkata kepada rombongnnya, “Demi Allah, isu Muhammad ini sudah menjadi besar malah Hiraklius pun takut kepadanya!”
Setelah memeluk Islam Abu Sufyan pernah berkata, “Sebenarnya ketika itu Islam telah mula masuk ke dalam hati aku.” Walaupun Abu Sufyan belum mahu masuk Islam lagi ketika itu
tetapi rupanya dia sudah terkesan dengan kenyataan Hiraklius itu.
Selepas pertemuan inilah Sayyidina Dehya’ pun sampai ke Syam untuk menyampaikan perutusan Rasulullah SAW kepada Hiraklius.
Muhammad yang sedang dipertanyakan oleh Hiraklius, tiba-tiba muncul dengan mesej ini:
Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
“Dari Muhammad Rasulullah kepada Hiraklius, Pemerintah Rom. Kesejahteraanlah kepada orang yang mengikuti petunjuk. Seterusnya daku menyeru kepada kamu dengan seruan Islam. Terimalah Islam nescaya kamu akan selamat. Allah akan memberikan dua kali pahala kepada kamu. Kalau kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa para petani (kebanyakan rakyat Rom sebagai petani.) Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama di antara kita bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan janganlah sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah. Kalau mereka berpaling, maka katakanlah. Saksikanlah bahawa kami adalah orang yang tunduk kepada Islam. ”
Sebaik sahaja diterjemahkan perutusan ini kepada Hiraklius, dia benar-benar gementar apatah lagi dia baru saja berdialog dengan Abu Sufyan. Fikirannya berat dan perasaannya kacau. Ternyata seluruh ciri Kenabian yang diketahuinya ada pada Rasulullah SAW. Sekarang dia sedang menghadapi perutusan Nabi itu. Hiraklius meminta Sayyidina Dehya’ menyampaikan surat itu kepada Safatir yang merupakan pendeta yang paling alim tentang Injil. Dia bersama Ketua Pendeta dan sekumpulan pendeta mengiringi Hiraklius melaksanakan ibadah haji ke Baitul Maqdis. Apabila Safatir membaca surat Rasulullah SAW dia juga merasa gementar. Dia terus bertanya lagi kepada Sayyidina Dehya’ RA segala persoalan demi memastikan lagi bahawa inilah dia Nabi akhir zaman yang telah dikhabarkan dalam Injil.
Setelah itu dia berkata, “Aku tahu ini zaman kedatangan Nabi tetapi aku tak sangka dia akan diutuskan dari bangsa Arab. Namun aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah.” Safatir telah masuk Islam di tangan Sayyidina Dehya’ RA. Setelah itu Safatir mengumpulkan semua pendeta yang ikut dalam rombongan itu. Dia membacakan kepada mereka perutusan dari Rasulullah dan dia menerangkan kepada mereka tanda-tanda yang ada pada Rasulullah Safatir juga mengingatkan mereka dengan keterangan daripada Injil yang membenarkannya bahawa Muhammad adalah Nabi akhir zaman. Setelah itu dia berkata kepada mereka, “Aku menyeru kamu semua kepada agama Islam dan aku telah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah.”
Para pendeta tidak menerima seruan Safatir malah mereka khuatir apabila berita Safatir masuk Islam diketahui oleh orang ramai, mereka akan meninggalkan agama Kristian. Maka mereka telah membunuh Safatir. Gugurlah Safatir sebagai syahid demi kebenaran yang disampaikannya kepada para pendeta dibawahnya. Melihat Safatir dibunuh oleh para pendeta, Hiraklius berasa takut. Hiraklius memberitahu Sayyidina Dehya’ RA, “Kedudukan Safatir lebih mulia dari kedudukan aku. Kalaulah mereka tidak mendengar kata-kata Safatir, mereka juga tak akan mendengar kata-kata aku.”
Namun selepas itu Hiraklius telah mengumpulkan para pendeta, para penasihat Kaisar dan semua pembesar Kristian di istananya. Setelah mereka masuk ke dalam istana, Hiraklius memerintahkan tenteranya menutup dan mengawal ketat semua pintu istana. Setelah itu barulah dia berdiri di atas anjung istana. Lalu Hiraklius membacakan kepada mereka perutusan Rasulullah M sambil menyatakan ciri-ciri seorang Nabi dari Injil yang temyata semuanya ada pada diri Rasulullah SAW Hiraklius juga menegaskan bukti-bukti yang membuktikan kebenaran Rasulullah SAW. Seterusnya dia berkata, “Dengan itu aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah. Maka marilah kita semua masuk Islam!”
Keyataan itu telah mengejutkan semua yang hadir. Mereka sama sekali tidak dapat menerima seruan Hiraklius. Semua mahu lari keluar dari istana tetapi semua pintu istana sudah dikunci dan dikawal ketat oleh tentera. Hiraklius hanya memerhatikan mereka dari atas anjung. Oleh kerana tiada peluang untuk keluar mereka kembali berkumpul dan menyatakan pendirian mereka kepada Hiraklius.
Mereka berseru, “Wahai Kaisar! Demi Allah, kami tidak akan meninggalkan agama Kristian walaupun kamu membunuh kami semua!”
Sesungguhnya Hiraklius tersepit di antara dua pilihan. Kalaulah semua pembesar Kristian menentangnya, dia pasti akan kehilangan takhtanya. Namun sekiranya dia bersama mereka dia terpaksa menolak kebenaran yang telah diakuinya. Dia mesti membuat keputusan segera demi menyelamatkan keadaan. Lalu dia berkata, “Sebenarnya aku tidak masuk Islam tetapi aku hanya mahu menguji kamu. Apabila aku melihat dakwah Muhammad semakin membesar aku risau terhadap pendirian kamu. Maka aku mahu menguji dan melihat keteguhan agama kamu. Apabila aku dapati kamu semua tetap dengan agama kamu, maka aku juga bersama-sama dengan kamu.” Alangkah leganya seluruh pembesar Kristian mendengar kenyataan ini malah mereka merasa gembira. Hiraklius masih tetap bersama mereka.
Selepas itu Hiraklius datang kepada Sayyidina Dehya’ RA. Dia mengirimkan hadiah dan wang emas kepada Rasulullah SAW Dia berpesan, “Beritahu Rasulullah M bahawa aku telah bersaksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah. Namun aku terpaksa mengeluarkan ucapanku tadi demi untuk mempertahankan takhtaku. Sebenamya Iman telah masuk ke dalam hati aku.” Apabila Sayyidina Dehya’ RA pulang ke Madinah, dia pun menyampaikan kiriman dan pesanan Hiraklius kepada Rasulullah SAW.
Mendengar semua itu Rasulullah SAW telah bersabda: “Musuh Allah ini telah berbohong, dia tidak masuk Islam. Dunia telah menguasainya.”
Rasulullah SAW telah membongkar hakikat sebenar Hiraklius. Dia bukan seperti Najasyi kerana dunia telah menguasainya. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan supaya semua wang itu diagih-agihkan kepada fakir miskin. Demikianlah perutusan pertama Rasulullah telah menggegarkan seorang pemerintah kuasa besar dunia pada waktu itu.
BALASAN ALLAH KE ATAS KAUM NABI LUTH
“Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu. Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.
Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.
“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.
“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. ”
” Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.
Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.
Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.
Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.
Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.
“Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.
“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.
“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.
“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”
“Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”
Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.
Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.
“Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”
Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba… Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.
Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.
Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`. Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.
PENGEMBARAAN NABI YAAKUB
Sikap cemburu dan iri hari yang telah menguasai diri Ishu semakin menjadi-jadi terhadap saudaranya Yaakub, sehingga ia berani membuat berbagai- bagai ancaman untuk menakut-nakutkan saudaranya itu. Sikapinitidakdapat dibendung lagi setelah dicalonkan oleh ibunya kepada Nabi Ishak untuk didoakan supaya Yaakub mendapat keberkahan pada umurnya, dilimpahi rezeki yang banyak dan baik serta mendapat keturunan yang baik serta soleh.
Ishu mengancam Yaakub yang ia pada suatu masa nanti bahawa zuriatnya akan membinasakan keturunannya kelak. la juga menunjukkan sifat bangganya di hadapan Yaakub kerana berjaya memiliki isteri-isteri yang cantik serta ramai anak. Sedang Yaakub pula tidak mempunyai isteri dan anak, apa lagi harta benda, langsung ia tidak miliki. Namun demikian Yaakub memadai dengan mendapat kasih sayang dari ibu bapanya.
Akan tetapi, sikap Ishu yang keterlaluan itu tidak dapat diubah lagi dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Yaakub terhadapnya. Sehingga dengan itu Yaakub merasakan bahawa tidak ada jalan lagi ia harus berusaha untuk mengelakkan daripada terputusnya perhubungan saudara antara mereka berdua. Dan sememangnya hal yang demikian dikehendaki oleh Ishu agar saudaranya Yaakub tidak lagi menetap bersama-sama mereka. Baginya Yaakub adalah punca renggangnya kasih sayang dari ibu bapa terhadapnya.
Yaakub dapat merasakan keinginan saudaranya itu. Lalu ia mengambil keputusan untuk berjumpa ayahnya iaitu Nabi Ishak yang ketika itu sudah lanjut usianya. Sungguhpun begitu Yaakub sangat menghormati dan memuliakan ayahnya yang telah mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Yaakub agak keberatan memberitahu keadaan itu kepada ayahnya, tetapi memandangkan usahanya selama ini tidak dapat menyelesaikan kerumitan antara mereka berdua, maka Yaakub menggagahi untuk menghadap Nabi Ishak bagi meminta pandangan dan nasihat dari ayahnya sendiri.
“Wahai ayahandaku Nabi Allah, sungguhpun usiamu begitu lanjut namun aku tetap memuliakanmu dan menghormati kedudukanmu di sisi Tuhan. Aku juga mengetahui bahawa dirimu juga telah terlalu uzur akan tetapi aku menyakini yang ayah akan mampu menolong aku memberi pandangan dan nasihat kepadaku, bahawa aku ketika ini sedang berhadapan dengan masalah antara aku dengan saudaraku sendiri iaitu Ishu.”
“Wahai ayahandaku, aku telah gagal untuk menyelamatkan hubungan persaudaraan antara kami berdua. Ishu terlalu mencemburui aku kerana aku telah mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih darinya. Lebih-lebih lagi setelah ia mengetahui ayah selalu mendoakan untukku agar aku sentiasa memperoleh barakah, mendapat keturunan yang baik serta ayah juga mendoakan agar kehidupanku dirahmati Allah dan memperolehi kebahagiaan.
Kerana sikapnya yang sudah keterlaluan itu, aku tidak dapat lagi menahan rasa sabardan sedihku, lebih-lebih lagi ia menyombongi aku dengan isteri-isterinya yang cantik yang dari keturunan bangsawan itu serta anak-anaknya yang ramai. Sedang aku tidak memiliki apa-apa pun, tiada isteri, tiada anak dan tiada pula harta benda untuk dibanggakan.
Oleh itu wahai ayahanda, aku mengadukan hal ini kepadamu agar ayah dapat menemukan jalan penyelesaian, agar perhubungan kami yang telah sedia retak ini tidak terus terputus. Aku juga mengetahui bahawa ayahanda adalah Nabi Allah dan selalu pula mendapat wahyu dari Allah serta mempunyai pandangan yang tajam dan pemikiran yang dalam, maka fikirkanlah bagaimana jalannya untuk menyelesaikan kerumitan ini wahai ayahku.”
Nabi Allah Ishak bila mana mendengar pengaduan dan cerita dari anak yang dikasihinya itu lalu ia menangis teresak-esak. la merasakan bahawa ujian Allah kali ini amat berat baginya dalam usianya yang begini lanjut. Namun ia menjawab keresahan yang dialami oleh anaknya Yaakub. “Anakku Yaakub, aku terlalu sedih mendengarkan berita ini. Wahai anakku, sayangnya aku sudah terlalu tua da- kau sendiri dapat menyaksikan keadaa’ wajahku yang sudah berkedut beribu ini dar bongkok punggungku. Dengan itu aku sudah tidak berkeupayaan lagi melakukan apa-apa kerja pun.”
“Wahai anakku Yaakub, kau juga mengetahui usiaku yang makin hampir ke ambang maut, panggilan llahi semakin hampir aku rasakan, dan aku jugaakan mengucapkan selamat tinggal kepadamu dan dunia ini. Tetap jika aku mati di saat ini sedang karnu bersaudara tidak berbaik antara satu sama lair maka sudah pasti menderita hidupku di sana nanti dan hidupmu juga akan teraniaya, kerana saudaramu itu bijak dalam soal ini. Dan tentu ia akan berusaha meminta pertolongan dan sepupumu yang berkedudukan dan berpengaruh di daerah ini.
Wahai Yaakub, dengar dan turutilah nasihat serta pandanganku ini. Hanya ini sahaja yang mampu aku tolongimu dalam keuzuranku yang begini. Engkau tinggalkanlah, berangkatlah engkau meninggalkan bumi tumpah darahmu ini buat sementara waktu. Pergilah engkau ke negeri bapa saudaramu sebelah ibumu yang berada di negeri Faddan A’ram iaitu di Iraq. Can dan dapatkan bapa saudaramu itu, yang namanya ialah Laban bin Batwail. Di sana nanti engkau akan terpelihara dan diistimewakan. Apabila engkau telah berjumpa dengan bapa saudaramu itu maka sampaikan salamku dan engkau berusahalah untuk menyunting salah seorang anak gadisnya. Engkau akan memperolehi keluarga yang bahagia dan akan mendapat kesenangan serta keberkatan hidup.
Engkau juga akan dimuliakan dengan sebab isterimu itu, dari keturunan yang mulia dan disegani di situ. Selepas itu, engkau kembalilah semula ke negeri asalmu ini (Syam). Aku akan mendoakan agar engkau dapat mengatasi masalahmu ini suatu hari nanti. Mudah-mudahan Allah memelihara dan membantu setiap usaha dan pekerjaanmu hingga engkau berjaya dan juga memelihara umatmu.”
Nasihat dan pandangan dari Nabi Allah itu, didengar dan diterima dengan baik oleh Yaakub. Sekalipun agak berat untuk dituruti kerana terpaksa berpisah dengan kedua orang tua yang sangat dicintainya. Namun semuaitu adalah untuk kebaikan baginya lebih-lebih lagi untuk saudaranya Ishu.
Dengan berat hati, maka berangkatlah Yaakub melangkah, meninggalkan bumi Syam dan kedua orang tuanya. Perginya dengan berbekalkan makanan yang sedikit tetapi membawa jiwa taqwa yang kental untuk berhadapan dengan ujian Allah yang lebih besar yang telah sedia menanti di hadapannya.
Mulalah Yaakub menjalani satu pengembaraan seorang diri, merempuh padang pasir Sahara tanpa binatang tunggangan. Padang pasir yang luas dan tandus dengan panas terik matahari dan angin panas yang seakan-akan membakar kulit halusnya. Namun Yaakub terus berjalan tanpa henti-hentinya untuk menuju ke matlamat yang dinyatakan oleh ayahnya.
Setiap hari ia meneruskan perjalanan hinggalah habis bekalan yang dibawanya dan ketika ini ia diserang kelaparan dan kehausan yang amat serta kepenatari yang menyerang seluruh anggota dan sendinya kerana pengembaraan yang berhari-hari itu yang meragut hampir seluruh tenaganya sehingga Yaakub merasa seakan- akan tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanannya. Sedang di hadapannya masih terbentang padang pasir yang luas, tidak kelihatan pun pokokdan tumbuhan yang hijau. Ketika itulah Yaakub benar-benar dapat merasakan kesusahan dan penderitaan musafirnya, menanggung lapar dan dahaga yang amat hingga ia membimbangi perjalanannya itu samada perlu diteruskan atau berpatah balik.
Dalam ia menimbang-nimbang itu, terlihat olehnya sebuah batu besar yang mempunyai sedikit naungan untuk berteduh dari matahari. Yaakub Iantas berhenti di bawah naungan itu, melepaskan lelah dan penat akibat perjalanan yang begitu jauh dan menyulitkan yang menyebabkan pecah-pecah tapak kakinya kerana pasir-pasir yang panasnya seperti bara api.
Yaakub lalu tertidur di situ dengan tidur yang begitu nyenyak. Dalam tidurnya itu, Allah ielah datangkan kepadanya mimpi yang benar, iaitu merupakan wahyu yang pertama dari Allah. Dengan mimpi itu menandakan dirinya diangkat oleh Allah sebagai Nabi-Nya. Dalam mimpi itu juga Allah mengilhamkan ke dalam hatinya bahawa ia akan ditemukan dengan kehidupan yang bahagia, akan mendapat kejayaan besar, keturunan yang baik dan akan menguasai bumi dan yang akan mendapat kitab dari Allah seperti nabi dan rasul-rasul sebelumnya.
Alangkah gembiranya Yaakub setelah terjaga dari tidurnya, lapang dadanya, hilang keletihan dan kepenatan yang dirasakan sebentar tadi kerana kurniaan dalam mimpinya itu. la dapat merasakan kehebatandan rahmat dari Allah dan telah ternyata akan apa yang didoakan oleh ayahnya Nabi Ishak itu hampir menjadi kenyataan.
Yaakub juga membayangkan di hadapannya terbentang sebuah padang harapan yang luas. Dengan perasaan gembira dan kesyukuran, Yaakub melangkahkan kaki merempuh keperitan bumi Sahara yang tandus dengan harapan supaya segera sampai ke tempat yang dicita-citakannya.
Beberapa hari perjalanan diteruskan, maka sampailah Yaakub di suatu tempat yang bernama Sawadimah iaitu dusun pertama yang termasuk dalam negeri yang didiami oleh bapa saudaranya, Laban. Maka mulalah Yaakub bertanya orang-orang yang dijumpainya akan kediaman pakciknya itu. Setiap orang yang ditanyanya kenal akan siapa Laban bin Batwail, kerana beliau merupakan orang yang menjadi ikutan umat di situ. Beliau juga mempunyai padang rumput yang luas dan memiliki peliharaan kambing yang banyak. Lalu mereka menunjukkan kepada Yaakub seorang anak perempuan yang sedang menggembala kambing, “Itulah Rahil, anak perempuan Syeikh Laban sendiri.”
Ketika terlihat sahaja Nabi Yaakub akan rupa paras gadis itu, tiba-tiba hatinya bergetar, gelisah dan tidak tentu tingkah lakunya kerana ternyata gadis itu memiliki rupa yang cantik, sopan dan lemah lembut. Ini membuatkan hati Yaakub benar-benar telah jatuh hati dan dalam diam-diam menyimpan keinginan dan hasrat yang tinggi untuk memiliki gadis di hadapannya itu suatu hari nanti.
Maka terjadilah suatu perkenalan yang mesra antara Nabi Yaakub dengan anak gadis Laban, pakciknya. “Antara aku dengan engkau, ya Rahil, ada pertalian keluarga yang sangat hampir, Aku adalah Yaakub, anak kepada Ishak Ar Rasul. Ibuku bernama Rifqah anak perempuan dari nenekmu Batwail. Aku datang ke mari dengan tujuan dan maksud yang mulia, ingin berjumpa ayahmu bagi mengeratkan lagi persaudaraan kita yang sekian lama terpisah.”
Nabi Yaakub lalu dibawa ke rumah, bertemu dengan pakciknya. Kedatangannya itu telah disambut dengan rasa terharu dan penuh kegembiraan. Yaakub diberi layanan seperti anak-anakyang lainnya. Menetaplah iadi situ sehingga hilang seluruh kepenatan dan kesakitan yang dirasakan sepanjang pengembaraannya.
Setelah beberapa waktu tinggal di rumah Laban, Yaakub menyampaikan pesan ayahnya Nabi Ishak, agar kekeluargaan mereka diikat dengan lebih rapat lagi dengan mengahwinkan salah seorang dari puterinya. Laban menyetujui cadangan itu, tetapi mengenakan syarat tertentu pada Yaakub jika ia benar-benar ingin menyunting anak gadisnya. Yaakub diminta bekerja di bawahnya selama tujuh tahun dan itu merupakan mahar perkahwinannyananti. Nabi Yaakub menyetujui perjanjian tersebut maka mulalah ia menguruskan ternakan pakciknya yang terbesar di kota Faddan A’raam.
Setelah berlalu masa tujuh tahun, Yaakub datang bertemu pakciknya untuk menagih janji yang lalu. Maka Laban menawarkan kepadanya agar menyunting Laiya sebagai isterinya. Namun Yaakub lebih menghendaki Rahil, adik Laiya. Keinginan yang dinyatakan secara terus terang itu difahami oleh pakciknya. Akan tetapi Laban sangat berpegang dan memuliakan adat istiadat kaumnya iaitu tidak akan membenarkan seorang adik melangkahi kakaknya untuk berkahwin terlebih dahulu. Namun Laban tidak akan mengecewakan hati anak saudaranya, dengan itu ia mencadangkan agar Laiya dijadikan isteri pertama Yaakub dan Rahil pula sebagai isterinya yang kedua. Dengan itu Yaakub diminta mengikat perjanjian lagi, tujuh tahun bekerja di bawahnya sebagai mahar perkahwinan bagi Rahil yang bakal menjadi isteri keduanya. Syarat itu diterima oleh Yaakub dan sejak itu ia terus menetap dan menguruskan pekerjaan pakciknya menggembala kambing dengan cita- cita dan harapan yang hampir tercapai.
Begitulah sabarnya Yaakub menanti masa tujuh tahun yang kedua berakhir dan akhirnya harapan dan cita-citanya ingin menjadikan Rahil sebagai teman hidup itu terlaksana. Maka perkahwinan antara Yaakub dan Rahil dilangsungkan dalam suasana rahmat dan barakah. Dengan yang demikian Nabi Yaakub telah beristerikan dua wanita bersaudara, yang mana waktu itu syariat ini tidak menyalahi syariat yang telah ditentukan oleh Allah.
Dengan perkahwinan itu Laban telah menghadiahkan kepada kedua puterinya seorang hamba sahaya sebagai pembantu rumahtangga mereka. Dari kedua isteri serta kedua hamba sahaya itu, Nabi Yaakub dikurniakan dua belas cahaya mata, antaranya Rawbin, Syam’un, Lawi, Yahuza, Yasakir dan Zabulon, yang kesemuanya itu dari isteri pertamanya; Yusuf dan Bunyamin dari isteri keduanya, sementara dan, Naftali, Jaddan Asir dari kedua hamba sahayanya.
BAGAIMANA SENINYA DAKWAH RASULULLAH
Perjuangan Islam itu sangat seni. Bukan semua orang nampak, sebab itu umat Islam huru hara di dunia ini. Berani sudah ada, usaha gigih, mana ada umat Islam tak berjuang? Semua gigih berjuang, ramai pula, tapi mana ada kejayaan? Makin hina sebab berjuang tidak ada seni. Sikit-sikit nak tembak orang, hennak mengata orang, itu bukan seni.
Islam itu halus dan berseni. Contohnya dengan dakwah boleh boleh mengetuk fitrah orang, boleh orang senang hati,tengok sahaja sudah jatuh hati. Itulah watak benda yang seni. Kalau kita berjuang tidak berseni, macam kita dengar orang pukul besi, dengar sahaja tidak larat, fikiran perasaan serabut pasal tidak seni. Berjuang yang tidak seni seperti pukul pahat sana sini, akhirnya sakit jiwa.
Islam itu seni. Mari kita lihat bagaimana seninya Rasulullah SAW,
Kisah 1 :
Satu hari baginda bawa Sayidina Umar. Rasulullah tahu Umar ini siapa. Umar ini berani, jiwa kuat, sebelum masuk Islam sudah pernah bunuh orang.
Satu hari Baginda mengajak Umar pergi tengah padang pasir, Rasulullah bawa ke satu lembah, wadi. Di situ ada bangkai unta, kuda, kambing, kepala manusia pun ada, tengkorak manusia pun ada.
Rasulullah kata, “Hai Umar apa kau lihat di sini, ini tempat busuk, bangkai binatang ada, manusia pun ada. Dulu mana ada undang bunuh, tangkap, bicara mana ada, bunuh campak sahaja”.
Bila Sayidina Umar lihat ada bangkai binatang dan manusia di situ, dia berkata pada Rasulullah,
“Ini bangkai wahai Rasulullah, campur antara bangkai manusia dan binatang”.
Rasulullah jawab, “inilah hakikat dunia, orang buru dunia senasib dengan yang kena buru”.
Ini seni. Mana ada tok guru yang ajar begini, kalau di masjid tok guru sekadar bersyarah, mana ada tok guru bawa murid lihat bangkai dan bersyarah depan bangkai tentang dunia?
Kisah 2 :
Berlaku juga di zaman Rasululah, orang-orang badwi yang baru peluk Islam, orang badwi ini tidak faham adab, tidak bertamaddun, walaupun dia masuk Islam tapi banyak lagi yg dia tidak faham. Satu hari dia berada di masjid, dia kencing dalam masjid. Rasulullah ada sahabat-sahabat pun ada. Walaupun badwi itu juga seorang sahabat tapi dia baru dididik.
Sahabat-sahabat yang lain apabila melihat keadaan itu naik berang juga, sedangkan wahyu belum sempurna, sahabat ikut apa yg turun waktu itu. Banyak yang mereka tidak tahu lagi, sebab itu ada sahabat yang marah, sahabat nak bertindak. Tapi Rasulullah kata, “Tidak apa, biarkan“. Kemudian Rasulullah yang cuci najis, buang, basuh, semua.
Itukan seni. Rasulullah SAW tidak marah, jadi sahabat-sahabat lain yang menyaksikan perbuatan Rasulullah itu rasa malu. Rasulullah bukan sahaja tidak marah malah tolong basuhkan pula.
Sahabat-sahabat lain pun terdidik sama dan yang terkencing itu pun turut insaf. Rasulullah tidak marah, dia basuh. Jadi kedua-duanya terdidik. Sahabat menjadi tahu teknik berdakwah, yang terkencing itu insaf.
Sebenarnya Islam itu seni, kalau tidak seni orang tidakkan boleh ikut.
Kisah 3 :
Satu hari Rasulullah bawa duit 2 dirham, baginda ke pasar. Di tengah jalan jumpa budak sedang menangis, rupanya dia adalah hamba pada seorang perempuan. Bila lihat budak itu menangis Rasulullah tanya mengapa.
Budak itu jawab, “Saya dibekalkan oleh tuan saya duit 2 dirham nak beli sesuatu, tapi duit itu dah hilang, itu yang saya takut. Biasanya kalau saya salah kena pukullah”.
Bila mendengarnya Rasulullah pun terus bagi duit pada budak itu. Setelah selesai membeli belah budak itupun balik, di tepi jalan Rasulullah jumpa lagi budak itu menangis lagi.
Lalu Rasullah bertanya, “Mengapa menangis? Bukankah saya sudah beri duit?”
Budak itu menjawab, “Tadi saya menangis kerana hilang duit, yang menangis kali ini kerana saya terlewat nak balik, biasanya kena marahlah”.
Lalu Rasullah berkata, “Kalau begitu tak apalah, saya hantar”.
Lalu Rasulullah pun hantarlah. Bila tuan dia tengok Rasulullah, dia pun malulah hendak marah pada hambanya.
Itulah contoh seni di dalam berdakwah yang dibawa panduan oleh Rasulullah SAW.
HANZALAH DIMANDIKAN MALAIKAT
Salah seorang sahabat serta jurutulis kepada Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat Baginda.
Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat. Keadaan terlalu genting.
Tanpa membuang masa lagi Hanzalah terus memakai pakaian perang lalu mencapai pakaian perang lalu mencapai pedang. Dia meluru ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.
Berlakulah pertempuran hebat hingga ramai pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah dapat menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut terkorban dalam keadaan sedang sujud.
Satu perkara pelik telah berlaku. Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana sabdanya yang bermaksud: “Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak.”
Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhadak menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.
AINUL MARDHIAH
‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.
Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.
Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?
Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.
Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.
Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.
Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.
Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….
MASYITAH DAN BAYINYA YANG CINTAKAN TUHAN
Kita semua, sedia maklum bahawa Firaun mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata agar menyembah dan memperhambakan diri padanya. Barang siapa yang engkar dengan suruhannya akan diseksa atau dihukum bunuh. Begitulah kejamnya Firaun.
Walaupun hukuman diugut dengan hukuman bunuh, terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah. Diantaranya ialah Siti Asiah, isteri Firaun sendiri dan keluarga Masyitah.
Masyitah adalah pelayan raja yang paling lebih terkenal sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan keislaman mereka agar dengan itu mereka tidak diganggu oleh Firaun dan orang-orangnya.
Walau bagaimanapun suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan tanpa disengajakan dia melatah dan menyebut, “Allah!”
Puteri tersebut bertanya siapakah `Allah` itu. Pada mulanya Masyitah enggan menjawab pertanyaan itu. Namun puteri itu terus mendesak Masyitah agar menjawab pertanyaannya. Akhirnya dengan tenang Masyitah berkata, “Allah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam .”
Puteri tersebut dengan serta-merta mengadu kepada Firaun tentang Masyitah. Firaun terperanjat apabila mendengar Masyitah menyembah selain dari dirinya. Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintah menterinya bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan keluarganya yang telah menyembah Allah.
Jasa Masyitah yang begitu banyak terhadap keluarga Firaun langsung tidak dikenang oleh Firaun. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana. Tanpa usul periksa Firaun menjatuhkan hukuman berat kepada Masyitah dan keluarganya.
Begitulah zalim dan kejamnya Firaun yang tidak berhati perut langsung. Beginilah sikap manusia yang punya kuasa dan kedudukan, yang lupa bahawa dia juga hamba kepada Tuhan yang menciptakannya. Manusia yang lemah terus diseksa sesuka hatinya.
Di pihak Masyitah pula, dia sedar bahwa inilah masanya Tuhan hendak menguji keimanannya. Meskipun lemah fizikalnya namun Masyitah memiliki kekuatan jiwa yang sukar ditandingi oleh wanita lain. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia kufur, sombong dan bongkak itu terhadapnya.
Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya menyediakan kawah yang besar. Hamman ingin merebus Masyitah serta keluarganya yang terdiri dari suami dan empat orang anak termasuk seorang bayi yang masih kecil.
Masyitah dan keluarganya melihat air di dalam kawah yang dimasak sehingga mendidih namun itu sedikitpun tidak menggugat keyakinan mereka kepada Allah. Sebelum ditolak ke dalam kawah tersebut, Masyitah sekeluarga telah ditanya oleh Hamman samada mahu selamat dengan menyembah Firaun kembali atau masuk ke dalam kawah dengan beriman kepada Allah. Dengan tegas mereka berkata, “Kami akan terus beriman kepada Allah sekalipun terpaksa terjun ke dalam kawah yang menggelegak ini.”
Maka Hamman pun memaksa satu-persatu keluarga Masyitah terjun ke kawah tersebut dengan sombong dan ketawa terbahak-bahak sambil menyindir dan menghina mereka. Suami Masyitah dicampak dahulu dan diikuti dengan anak-anaknya. Masyitah melihat sendiri bagaimana suami dan anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu. Akhirnya tinggal Masyitah bersama bayi yang sedang dikendongnya.
Di waktu itulah syaitan membisik ke telinganya, tidakkah dia rasa kasihan dan simpati pada bayinya yang masih merah dan tidak tahu apa-apa itu. Masyitah mula merasa ragu-ragu sama ada hendak membiarkan dirinya dicampak ke dalam kawah itu atau tidak. Ketika itu, dengan kuasa dan kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkatakata berkata kepada Masyitah, ibunya, “Wahai ibu marilah kita menyusuli ayah. Sesungguhnya syurga sedang menanti kita.”
Bila mendengar kata-kata itu, Masyitah dengan rasa kehambaan kepada Allah mencampakkan diri dan anaknya ke dalam kawah yang sedang menggelegak itu. Kawah itu dikacau oleh pengawal dengan menggunakan penyudip besi. Mereka dikacau seperti ikan yang direbus. Maka matilah Masyitah bersama keluarganya demi mempertahankan aqidah dan keimanan mereka.
Walaupun di dunia ini menerima seksa dan sengsara tetapi di akhirat nanti, Allah telah menjamin syurga untuknya. Masyitah rela direbus hidup-hidup di dalam air menggelegak panas sehingga menyebabkan hancur dan masak kulit, isi dan seluruh badannya demi mempertahankan keyakinannya kepada Allah. Dia menerima segalanya dengan penuh keimanan, sabar dan redha kerana dia yakin Allah tidak akan mensia-siakan keyakinan itu.
Begitulah hebatnya keyakinan Masyitah dan keluarganya kepada Allah. Keimanannya sungguh mendalam sehingga dia tidak takut dengan ancaman Firaun. Sememangnya Allah telah menjanjikan nikmat syurga yang kekal abadi untuk Masyitah dan keluarganya.
KISAH AHLUL BAIT 2 – SITI FATIMAH AZ ZAHRA
Lahirnya Siti Fatimah Az Zahra r.a merupakan rahmat yang telah dilimpahkan Ilahi kepada Nabi Muhammad SAW. Ia telah menjadi wadah suatu keturunan yang suci. Ia laksana benih yang akan menumbuhkan pohon besar penyambung keturunan Rasulullah SAW. Ia satu-satunya yang menjadi sumber keturunan paling mulia yang dikenali umat Islam di seluruh dunia. Siti Fatimah Az Zahra r.a dilahirkan di Makkah, pada hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir, lebih kurang lima tahun sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi rasul. Siti Fatimah Az Zahra r.a membesar di bawah naungan wahyu Ilahi, di tengah kancah pertarungan sengit antara Islam dan jahiliyah, di kala sedang hebatnya perjuangan para perintis iman melawan penyembah berhala.
Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a sudah mengalami penderitaan, merasakan kehausan dan kelaparan. Dia berkenalan dengan pahit getirnya perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Lebih dari tiga tahun, dia bersama ayah bondanya hidup menderita dibuang daerah akibat pemboikotan orang-orang kafir Quraisy terhadap keluarga Bani Hasyim. Setelah bebas penderitaan setelah 3 tahun diboikot, datang pula ujian berat atas diri Siti Fatimah Az Zahra r.a, apabila wafatnya bonda tercinta, Siti Khadijah r.a. Perasaan sedih selalu sahaja menyelubungi hidup sehari-harinya dengan putusnya sumber kecintaan dan kasih sayang ibu.
Rasulullah SAW sangat mencintai puterinya ini. Siti Fatimah Az Zahra r.a adalah puteri bongsu yang paling disayang dan dikasihani junjungan kita Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW merasa tidak ada seorang pun di dunia, yang paling berkenan di hati baginda dan yang paling dekat di sisinya selain puteri bongsunya itu. Demikian besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada puteri bongsunya itu dibuktikan dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut Hadis tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Sayidina Ali r.a demikian: “Wahai Ali, sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku…”
Pernyataan baginda itu bukan sekadar cetusan emosi, melainkan suatu penegasan bagi umatnya, bahawa puteri baginda itu merupakan lambang keagungan peribadi yang ditinggalkan di tengah umatnya. Ketika masih kanak-kanak, Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan sendiri ujian-ujian getir yang dialami oleh ayah bondanya, baik berupa gangguan-gangguan, mahupun penganiayaan- penganiayaan yang dilakukan orang-orang Quraisy. Siti Fatimah hidup di udara Makkah yang penuh dengan debu perlawanan orang-orang kafir terhadap keluarga Nubuwah, keluarga yang menjadi pusat iman, hidayah dan keutamaan. Dia menyaksikan keteguhan dan ketegasan orang-orang mukmin dalam perjuangan gagah berani menghadapi komplot-komplot Quraisy. Suasana perjuangan itu membekas sedalam-dalamnya pada jiwa Siti Fatimah Az Zahra r.a dan memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadinya, serta mempersiapkan kekuatan rohaniah bagi menghadapi kesukaran-kesukaran di masa depan.
Setelah ibunya wafat, Siti Fatimah Az Zahra r.a hidup bersama ayahandanya. Satu-satunya orang yang paling dicintai. Dialah yang meringankan penderitaan Rasulullah SAW ketika ditinggal wafat isteri baginda, Siti Khadijah. Pada suatu hari Siti Fatimah Az Zahra r.a menyaksikan ayahnya pulang dengan kepala dan tubuh penuh pasir, yang baru saja dilemparkan oleh orang-orang Quraisy, di saat ayahandanya sedang sujud. Dengan hati remuk-redam laksana disayat sembilu, Siti Fatimah r.a segera membersihkan kepala dan tubuh ayahandanya. Kemudian diambilnya air untuk mencucinya. Dia menangis tersedu-sedu menyaksikan kekejaman orang-orang Quraisy terhadap ayahnya.
Kesedihan hati puterinya itu dirasakan benar oleh Nabi Muhammad SAW. Untuk menguatkan hati puterinya dan meringankan rasa sedihnya, maka Nabi Muhammad SAW sambil membelai- belai kepala puteri bongsunya itu, berkata, “Jangan menangis…Allah melindungi ayahmu dan akan memenangkannya dari musuh-musuh agama dan risalah-Nya.”
Dengan tutur kata penuh semangat itu, Rasulullah SAW menanamkan daya juang yang tinggi ke dalam jiwa Siti Fatimah r.a dan sekaligus mengisinya dengan kesabaran, ketabahan serta kepercayaan bahawa Islam akan menang. Meskipun orang-orang sesat dan derhaka seperti kallr Quraisy itu sentiasa mengganggu dan melakukan penganiayaan-penganiayaan, namun Nabi Muhammad SAW tetap melaksanakan tugas risalahnya.
Pada ketika lain, Siti Fatimah r.a menyaksikan ayahandanya pulang dengan tubuh penuh dengan kotoran kulit janin unta yang baru dilahirkan. Yang melemparkan kotoran atau najis ke punggung Rasulullah SAW itu adalah Uqbah bin Mu’aith, Ubay bin Khalaf dan Umayyah bin Khalaf. Melihat ayahandanya berlumuran najis, Siti Fatimah r.a segera membersihkannya dengan air sambil menangis.
Nabi Muhammad rupa-rupanya menganggap perbuatan ketiga kafir Quraisy itu sudah keterlaluan. Kerana itulah maka pada waktu itu baginda memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT: “Ya Allah, celakakanlah orang-orang Quraisy. Ya Allah, binasakanlah Uqbah bin Mu’aith, Ya Allah, binasakanlah Ubay bin Khalaf dan Umayyah bin Khalaf.”
Masih banyak lagi pelajaran yang diperolehi Siti Fatimah dari penderitaan ayahandanya dalam perjuangan menegakkan kebenaran Allah. Semuanya itu menjadi bekal hidup baginya untuk menghadapi masa mendatang yang berat dan penuh ujian. Kehidupan yang serba berat dan keras di kemudian hari memang memerlukan kekuatan jiwa dan mental. Tepat pada saat orang-orang Quraisy selesai mempersiapkan komplot untuk membunuh Rasulullah SAW, Madinah telah siap menerima kedatangan baginda. Nabi Muhammad meninggalkan kota Makkah secara diam-diam di tengah kegelapan malam. Baginda bersama Abu Bakar As Siddiq meninggalkan kampung halaman, keluarga tercinta dan sanak saudara. Baginda berhijrah sepertimana dahulu pernah juga dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s.
Di antara orang-orang yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW termasuk puteri kesayangan baginda, Siti Fatimah r.a dan putera bapa saudara baginda yang diasuh dengan kasih sayang sejak kecil, iaitu Sayidina Ali r.a yang selama ini menjadi pembantu yang paling dipercayai oleh baginda. Sayidina Ali r.a sengaja ditinggalkan oleh Nabi Muhammad untuk melaksanakan tugas khas, iaitu berbaring di tempat tidur baginda untuk mengaburi mata orang-orang Quraisy yang bersedia hendak mcmbunuh baginda. Sebelum Sayidina Ali r.a melaksanakan tugas tersebut, ia dipesan oleh Nabi Muhammad SAW agar barang-barang amanah yang ada pada baginda dikembalikan kepada pemiliknya masing-masing. Setelah itu bersama semua anggota keluarga, Rasulullah SAW segera menyusul berhijrah.
Sayidina Ali r.a membeli seekor unta untuk kenderaan bagi wanita yang akan berangkat hijrah bersama-sama. Rombongan hijrah yang menyusul perjalanan Rasulullah SAW terdiri dari keluarga Bani Hasyim dan dipimpin sendiri oleh Sayidina Ali r.a. Di dalam rombongan Sayidina Ali r.a ini termasuk Siti Fatimah r.a, Fatimah binti Asad bin Hasyim (ibu Sayidina Ali r.a), Fatimah binti Zubair bin Abdul Mutalib dan Fatimah binti Hamzah bin Abdul Mutalib. Aiman dan Abu Waqid A1 Laitsiy ikut bergabung dalam rombongan.
Rombongan Sayidina Ali r.a berangkat dalam keadaan terburu-buru. Perjalanan ini tidak dilakukan secara diam-diam. Abu Waqid berjalan cepat-cepat menuntun unta yang ditunggang oleh kaum wanita, agar jangan dikejar oleh orang-orang Quraisy. Mengetahui hal itu, Sayidina Ali r.a segera memperingatkan Abu Waqid, supaya berjalan perlahan-lahan, kerana semua penumpangnya adalah wanita. Rombongan berjalan melalui padang pasir di bawah sengatan terik matahari.
Di Dhajnan, rombongan Sayidina Ali r.a beristirehat semalam. Ketika itu tiba pula Ummu Aiman (ibu Aiman). Ia menyusul anaknya yang telah berangkat lebih dahulu bersama Sayidina Ali r.a. Bersama Ummu Aiman turut pula sejumlah orang muslimin yang berangkat hijrah. Waktu itu masing-masing sungguh sangat rindu ingin segera bertemu dengan Rasulullah SAW. Waktu itu Rasulullah SAW bersama Abu Bakar As Siddiq sudah tiba dekat kota Madinah. Untuk beberapa waktu, baginda tinggal di Quba. Baginda menanti kedatangan rombongan Sayidina Ali r.a. Rasulullah SAW memberitahu Abu Bakar As Siddiq bahawa baginda tidak akan memasuki kota Madinah, sebelum putera bapa saudaranya dan puterinya sendiri datang.
Selama dalam perjalanan itu, Sayidina Ali r.a tidak berkenderaan sama sekali. Ia berjalan kaki menempuh jarak 450 km sehingga kakinya pecah-pecah dan membengkak. Akhirnya tibalah semua anggota rombongan dengan selamat di Quba. Betapa gembiranya Rasulullah SAW menyambut kedatangan orang-orang yang disayanginya itu. Ketika Nabi Muhammad SAW melihat Sayidina Ali r.a tidak dapat berjalan kaki kerana kakinya membengkak, baginda merangkul dan memeluknya sambil menangis kerana sangat terharu. Baginda kemudian meludah di atas tapak tangan lalu diusapkan pada kaki Sayidina Ali r.a. Dikatakan sejak itu sehinggalah wafatnya, Sayidina Ali r.a tidak pernah mengeluh kerana sakit kaki. Peristiwa yang sangat mengharukan itu sangat memberi kesan dalam hati Rasulullah SAW dan tidak dilupakan selama-lamanya. Berhubung dengan peristiwa itu, turunlah wahyu Ilahi yang memberi penilaian tinggi kepada kaum Muhajirin, seperti terdapat dalam surah Ali Imran ayat 195.
DISELAMATKAN JIBRAIL KERANA TAKUT BUAT DOSA
Dikalangan Bani Israil di zaman dahulu, ada seorang lelaki yang sangat tekun dan rajin mengerjakan ibadah. Ia mempunyai wajah yang kacak dan segak hingga ramailah wanita yang tertawan dengan ketampanannya. Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama dapat mengawalnya daripada berfoya-foya.
Suatu masa, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya sendiri, ia sampai di hadapan istana raja. Kebetulan salah seorang daripada dayang istana itu ternampak lelaki tersebut dan terpesona dengan ketampanannya. Dayang itu kemudiannya bercerita mengenai lelaki itu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat jahat di hatinya.
“Suruh orang muda itu masuk menghadap,” titahnya kepada dayang tersebut.
Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkan sepasang persalinan pakaian diraja dan berkata, “Letakkan semua tas keranjangmu itu dan pakailah pakaian ini.”
Kemudian permaisuri itu menyuruh dayangnya mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepada lelaki tersebut.
Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala suruhan permaisuri. Lalu permaisuri itu pun berkata, “Orang muda! Kamu jangan khuatir. Beta akan memenuhi segala keperluanmu asalkan kamu bersedia memenuhi nafsuku.”
Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu, gementarlah lelaki itu lalu berkata, “Aku tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu!”
Permaisuri cuba juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagal mempengaruhinya. Akhimya dengan perasaan marah, ia berkata, “Baiklah! Kalau kamu enggan memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini.” Kemudian permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintu dan tingkap istana.
Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya, ” Wahai permaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalam istana.”
Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkan lelaki itu naik ke menara istana.
Apabila telah berada di puncak istana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, “Wahai jiwa! Selama 70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa saat semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah! Kau mengkhianati dirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!”
Dalam keadaan malu dan, takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dan menara yang tinggi itu.
Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih itu pun berfirman: “Wahai Jibril! Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dan kedosaan. Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai ia binasa!”
Begitulah kisah yang boleh menjadi teladan kepada kita perihal seorang yang takutkan Allah hingga begitu takut melakukan dosa, maka Allah selamatkannya dari terlibat dengan dosa. Banyak Hadis Nabi menyebut tentang fitnah wanita antaranya:
Imam Muslim dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Al-Zubair , bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya wanita itu , ketika datang dari depan , dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula .
Oleh sebab itu , jika salah seorang dari kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian , maka hendaklah segera mendapatkan isterinya , dengan itu dapat menolak (nafsu) yang ada di dalamnya .”
Syaitan itu membuat wanita kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya , agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah swt
Imam Muslim juga meriwayatkan dalam shahihnya ,daripada Abu Said Al-khudri bahawa Rasulullah saw bersabda , maksudnya : “Hendaklah kalian takut terhadap (Godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita .”
Ibnu Abbas mengatakan , “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir , kecuali gara-gara wanita dan orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita(juga) .”
Said Ibnu Al-Musayyab berkata ,” Setiap kali syaitan berputus asa menganggu seseorang ,maka ia akan melancarkan ganguannya melalui wanita .”
Marilah kita hayati Puisi di bawah ini tentang dosa untuk diambil pengajaran dan iktibar.
MELUPAKAN DOSA
Melupakan dosa adalah satu dosa
Kemudian tidak pun takut dengan dosa yang telah dibuat adalah satu dosa pula
Kalau berbangga dengan dosa itu lebih-lebih lagi kesalahan itu bertambah membesar
Dosa itu bertambah besar dan bertimbun-timbun pula
Jika tidak takut dengan dosa sekalipun belum berbuat pun satu dosa satu kesalahan
Yang belum melakukannya satu kesalahan juga
Dosa itu bukan kerana sudah membuat kesalahan atau dosa
Tapi kerana tidak takut atau tidak bimbang terbuat dosa adalah satu kesalahan pula
Sebagai seorang hamba sepatutnya sentiasa takut dengan dosa
Sekalipun belum terbuat dosa
Begitulah sifat seorang hamba yang sepatutnya
Apatah lagi setelah membuat dosa
Lebih-lebih lagi takutnya membara
dan jiwanya keluh-kesah dan hatinya dukacita
Melupakan dosa, tidak takut dengan dosa yang dibuat
Dan tidak takut dengan dosa yang belum dibuat
Adalah seorang hamba yang sombong dan angkuh
Kerana dia telah membuang sifat kehambaannya
Membuang sifat kehambaan adalah satu kesombongan
Sombong bererti membesarkan diri
Membesarkan diri adalah satu kesalahan atau satu dosa
Kerana dia telah mengambil sifat Tuhan
Yang tidak sepatutnya dia memakai sifat itu
Itu adalah pantang larang Tuhan yang tidak patut dipakai oleh seorang hamba
KISAH SEBIJI TEMBIKAI
Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Kisah Penciptaan Tubuh Rasulullah S.A.W
Ka’ab al Ahbaar radhiy-Allahu ‘anhu mengatakan, “Ketika Allah SWT
menginginkan untuk menciptakan Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Ia
memerintahkan Malaikat Jibril untuk membawa kepada-Nya tanah liat yang
menjadi jantung dari bumi, yang menjadi kemegahan dan cahayanya. Jibril
pun turun, ditemani beberapa malaikat dari Tempat Tertinggi di Syurga.
Ia mengambil segenggam tanah untuk penciptaan Nabi sall-Allahu ‘alaihi
wasallam dari suatu tempat yang kini menjadi makam suci beliau
sall-Allahu ‘alaihi wasallam; tanah itu berkilau putih cerah. Kemudian
ia meramas dan mengadun tanah itu dengan air ciptaan terbaik dari Air
Terjun SyurgawiT asn iim, yang berada dalam sungai-sungai jernih yang
mengalir di Syurga. Ia mengaduninya sampai tanah itu menjadi suatu
mutiara putih dengan pancaran warna putihnya yang cemerlang.
Para malaikat membawanya, mengelilingi ‘Arasy Syurgawi dan gunung-gunung
dan samudera. Dengan begitu, para malaikat dan seluruh makhluq
mengetahui akan keberadaan junjungan kita Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam dan kehormatan beliau; sebelum mereka mengetahui Adam.” Ibn
‘Abbas radhiy-Allahu ‘anhumengatakan, “Asal usul dari tanah liat Nabi
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam adalah dari pusat bumi, di Makkah, di titik
di mana Ka’bah berdiri. Kerana itu pula, Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam menjadi asal usul penciptaan, dan semua makhluq ciptaan adalah
pengikut-pengikut beliau.”
Pengarang Awarif al Ma’arif [al-Suhrawardi], berkata bahawa ketika
Banjir meluap, menebarkan buih ke seluruh penjuru, esensi dari Nabi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam berhenti hingga ke suatu tempat di dekat
tanah kubur baginda di Madinah, sehingga baginda sall-Allahu ‘alaihi
wasallam menjadi seseorang yang termasuk dalam Makkah mahupun Madinah.
Diriwayatkan bahawa ketika Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan Adam
‘alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta’ala mengilhamkan kepada Adam untuk
bertanya, “Wahai Tuhan, mengapakah Engkau memberiku nama panggilan, Abu
Muhammad (ayah dari Muhammad)?” Allah menjawab, “Wahai Adam, angkat
kepalamu.” Adam pun mengangkat kepalanya dan ia melihat cahaya dari
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam dalam kubah ‘Arsy. Adam kemudian
bertanya lagi, “Wahai Tuhan, cahaya apakah ini?” Allah menjawab, “Ini
adalah cahaya dari seorang Nabi keturunanmu. Namanya di Syurga adalah
Ahmad, dan di Bumi namanya Muhammad sall- Allahu ‘alaihi wasallam. Jika
bukan demi dirinya, tentu Aku tidak akan menciptakan dirimu, tidak pula
Langit, tidak pula Bumi.” ‘Abd al-Razzaq meriwayatkan, dari Jabir bin
‘Abdullah radhiy-Allahu ‘anhu, bahawa ia berkata, “Ya RasulAllah, semoga
ayahku dan ibuku dikorbankan demi dirimu, ceritakan padaku tentang hal
pertama yang Allah ciptakan, sebelum yang lain-lainnya.” Beliau
menjawab, “Wahai Jabir, Allah menciptakan, sebelum apa pun yang lain,
cahaya Nabimu dari cahaya-Nya. Cahaya itu mulai bergerak ke mana pun
Allah kehendaki dengan Qudrat Ilahiah Allah.
Pada saat itu belum ada Tablet (Lauh) belum pula Pena; belum ada Syurga
mahupun Neraka, tidak ada malaikat; tidak ada Langit, tidak pula Bumi;
tak ada Matahari mahupun Bulan, tak ada Jinn ataupun manusia. Ketika
Allah ingin untuk menciptakan makhluq-Nya, Ia membahagi cahaya itu
menjadi empat bahagian.
Dari bahagian pertama, Ia menciptakan Pena, dari yang kedua, Tablet
(Lauh), dan dari yang ketiga, ‘Arasy. Kemudian, Ia membahagi bahagian
keempat menjadi empat bahagian: bahagian pertama membentuk para pembawa
‘Arasy, bahagian kedua menjadi penunjang kaki ‘Arasy, dan dari bahagian
ketiga Ia menciptakan malaikat- malaikat lainnya. Ia kemudian membahagi
bahagian keempat menjadi empat bahagian lagi: Ia menciptakan langit dari
bahagian pertama, bumi-bumi dari bahagian kedua, Syurga dan Neraka dari
bahagian ketiga. Kemudian Ia membahagi lagi bahagian keempat sisanya
menjadi empat bahagian: menciptakan cahaya firasat orang-orang beriman
dari bahagian pertama, cahaya kalbu-kalbu mereka(iaitu ma’rifat Allah)
dari bahagian kedua, dan dari bahagian ketiga Ia ciptakan cahaya
kesenangan dan kegembiraan (Uns, iaitu Laa ilaha illa Allah, Muhammadun
Rasuulullah).
Suatu riwayat lain dari ‘Ali ibn Al-Husain radhiy-A llahu ‘anhu dari
ayahnya [iaitu Husain ibn 'Ali ibn Abi Talib, peny.] radhiy-Allahu
‘anhu, dari datuknya [iaitu 'Ali ibn Abi Talib] karram-Allahu wajhahu,
dari Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam yang bersabda, “Aku adalah suatu
cahaya di hadapan Tuhanku, empat belas ribu tahun sebelum penciptaan
Adam.” Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Allah menciptakan
Adam‘alaihiss alam, Ia Subhanahu Wa Ta’ala menaruh cahaya itu di
punggung Adam, dan cahaya itu biasa berkilau dari bahagian depannya,
menelan seluruh sisa cahayanya. Kemudian Allah menaruh cahaya itu ke
‘Arasy Kekuasaan-Nya, dan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya membawanya
di pundak mereka, dan memerintahkan mereka pula untuk membawa Adam
berkeliling di Langit dan mempertunjukkan padanya keindahan-keindahan
Kerajaan-Nya.
Ibn ‘Abbas radhiy-Allahu ‘anhu berkata, Penciptaan Adam adalah pada hari
Jumat di siang hari. Allah kemudian menciptakan baginya Hawa’, isterinya,
dari satu tulang rusuk kirinya ketika ia sedang tertidur. Saat ia bangun
dan melihat Hawa’, Adam merasa tenteram dengannya, dan ia mulai
merentangkan tangannya ke Hawa’. Malaikat berkata, “Berhenti, Adam.”
Adam berkata, “Kenapa, tidakkah Allah menciptakannya untukku?” Mereka
menjawab, “Tidak boleh hingga kau membayar mas kawin padanya”. Adam
bertanya, “Apa mas kawinnya?” Para Malaikat menjawab, “Dengan membaca
salawat atas Muhammad tiga kali.” [ dan dalam riwayat lain, dua puluh kali].
Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Adam‘alaihis salam meninggalkan
Syurga, ia melihat tertulis di kaki ‘Arasy dan di setiap titik dalam
Syurga, nama Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam di samping nama
Allah. Adam bertanya, “Wahai Tuhan, siapakah Muhammad?” Allah menjawab,
“Dia adalah anakmu, yang jika seandainya tidak demi dirinya, tentu Aku
tidak akan menciptakanmu.”Kemudian Adam berkata, “Wahai Tuhan, demi anak
ini, kurniakanlah rahmat pada ayahnya.” Allah memanggil, “Wahai Adam,
seandainya engkau akan bersyafa’at melalui
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bagi seluruh penduduk Langit dan
Bumi, Kami akan kabulkan permohonan syafa’atmu.”
‘Umar Ibn al-Khattab radhiy-Allahu ‘anhu berkata bahawa Sayyidina
Muhammads all- Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Ketika Adam berbuat
dosa, ia berkata, ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu demi Muhammad untuk
mengampuniku.’ AllahSubhan ahu Wa Ta’ala berfirman padanya, ‘Bagaimana
dirimu tahu akan Muhammad padahal Aku belum menciptakannya?’ Adam
menjawab, ‘Kerana ketika Engkau, Ya Tuhanku, menciptakanku dengan
Tangan- Mu, dan meniupkan padaku dari Ruh-Mu, aku memandang ke atas dan
melihat tertulis di kaki-kaki ‘Arasy, Laa ilaaha illallah, Muhammadun
Rasuulullah. Aku tahu bahawa Engkau tidak akan menaruh suatu nama di
samping Nama-Mu, melainkan pastilah itu adalah nama seseorang yang
paling Kau-cintai dari makhluq-Mu.’ Allah berfirman,
‘Oh, Adam, kau telah mengatakan kebenaran: dialah yang paling Kucintai
di antara makhluk ciptaan-Ku. Dan kerana engkau telah memohon pada-Ku
demi dirinya, engkau kuampuni. Seandainya tidak untuk Muhammad, Aku tak
akan menciptakanmu. Dialah penutup para Nabi dari keturunanmu.’”
Dalam Hadits Salman radhiy-Allahu ‘anhu, diriwayatkan bahawa Jibril
turun menemui Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Tuhanmu
mengatakan, ‘Jika Aku telah menjadikan Ibrahim sebagai yang Ku-cintai,
sahabat dekat (khalil), Aku pun menganggapmu demikian. Tak pernah
Ku-ciptakan makhluk apa pun yang lebih berharga bagi-Ku daripada dirimu,
dan telah Ku-ciptakan dunia ini dan penduduknya dengan maksud untuk
membiarkan mereka mengetahui kehormatanmu dan mengetahui erti
keberadaanmu bagi-Ku; dan seandainya tidak
untukmu, tidaklah Kuciptakan dunia ini’”.
Hawa melahirkan empat puluh anak dari Adam, dalam dua puluh kali
kelahiran; tetapi ia melahirkan Seth [atau Syits]‘alaihiss alam secara
terpisah, sebagai kehormatan bagi junjungan kita Muhammad sall-Allahu
‘alaihi wasallam, yang cahayanya berpindah dari Adam ke Seth. Sebelum
wafatnya, Adam menitipkan pemeliharaan anak-anaknya kepada Seth, dan ia
pun, sebagai gilirannya, mempercayakan pada anak-anak tersebut, wasiat
dari Adam: untuk menaruh cahaya itu hanya pada wanita yang suci. Wasiat
ini berlanjutan, abad demi abad, sampai Allah memberikan cahaya itu
kepada Abdul Muttalib dan puteranya, Abdullah. Dengan cara inilah, Allah
menjaga kemurnian salasilah tanpa cela dari Nabi Muhammads all- Allahu
‘alayhi wasallam, dari perzinaan orang-orang bodoh. Ibn ‘Abbas
radiyAllahu ‘anhu berkata,“Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam
bersabda, ‘Tak satu pun perzinaan jahil menyentuh kelahiranku. Aku
dilahirkan tidak lain hanya dengan pernikahan Islam.’” Hisyam ibn
Muhammad Al-Kalbi meriwayatkan bahawa ayahnya berkata, “Aku menghitung
bagi (silsilah) Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam ada lima
ratus ribu ibu, dan tak kutemukan di antara mereka satu jejak pun
perzinaan, atau apa pun dari interaksi orang-orang bodoh.”
Ali radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam
bersabda, “Aku datang dari pernikahan, aku tidak datang dari perzinaan;
dari Adam hingga diriku dilahirkan dari ayah dan ibuku, tak satu pun
perzinaan orang jahil yang menyentuh diriku.”
Ibn ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu
‘alaihi wasallam bersabda, “Orang tua moyangku tak pernah melakukan
perzinaan. Allah menjaga memindahkanku dari sulbi yang baik ke rahim
yang suci, murni dan tersucikan; bila saja ada dua jalan untuk
berpindah, aku menuju ke yang terbaik di antara mereka.” Anas
radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallammembaca, “La qad jaa-akum Rasuulum min Anfusikum” [QS. 9:128],
dan bersabda, “Aku adalah yang terbaik di antara kalian dalam
silsilahku, dalam hubungan-hubungan-ku dan nenek moyangku: tak ada
perzinaan pada ayah-ayahku dalam setiap tingkat hingga ke Adam.”
‘Aisyah radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan dari Nabi sall-Allahu ‘alaihi
wasallam bahawa Jibril‘alaihis s alam berkata, “Aku telah meneliti Bumi
dari timur ke barat, dan tak kutemui seorang manusia pun yang lebih baik
dari Muhammadsall- Allahu ‘alaihi wasallam, dan tak kutemui seorang anak
laki-laki dari ayah mana pun yang lebih baik dari anak-anak Hasyim (Bani
Hasyim).” Dalam Sahih Al-Bukhari, Abu Hurairah radiyAllahu ‘anhu
meriwayatkan bahawa Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku
telah diutus dari generasi terbaik dari Anak-anak Adam, satu demi satu
hingga aku mencapai keadaanku sekarang ini.” Dalam Sahih Muslim, Watsila
ibn al-Aska’ meriwayatkan bahawa Muhammadsall- Allahu ‘alaihi wasallam
bersabda, “Allah telah memilih Kinana dari anak-anak Isma’il, dan
Quraisy dari Kinana, dan dari Quraish, anak-anak Hasyim, dan akhirnya
memilihku dari Bani Hasyim.” Al ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata Nabi
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah menciptakan
makhluq, dan menempatkanku dalam kelompok- kelompok terbaik, dan yang
terbaik dari dua kelompok; kemudian Ia memilih suku, dan menaruhku pada
yang terbaik di antara keluarga-keluarga mereka. Kerana itulah, aku
memiliki keperibadian terbaik, roh dan sifat terbaik, dan memiliki
asal-usul terbaik di antara mereka.”
Ibn ‘Umar radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam bersabda, “Allah memeriksa ciptaan-Nya dan memilih Bani Adam
(manusia) dari mereka; Ia memeriksa Bani Adam dan memilih orang-orang
Arab darinya; Ia memeriksa kaum Arab dan memilihku dari antara mereka.
Kerananya, aku selalu menjadi yang terpilih di antara yang terpilih.
Lihatlah, orang-orang yang mencintai kaum Arab, adalah kerana cinta
kepadaku hingga mereka mencintai kaum Arab, dan mereka yang membenci
kaum Arab, adalah kerana mereka membenciku hingga mereka pun membenci Arab.”
Ketahuilah bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam tidaklah terkait
(memiliki) secara langsung pada saudara laki-laki atau perempuan siapa
pun dari orang tua-orang tuanya; beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam
adalah anak satu-satunya mereka dan silsilah mereka berhenti pada
beliau. Dengan begitu, beliau secara eksklusif ‘memegang penuh’ suatu
silsilah yang Allah (SWT)inginkan menjadi yang tertinggi yang dapat
dicapai suatu kenabian, dan yang memegang puncak kehormatan.
Jika Anda memeriksa status silsilah beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam
dan mengetahui kesucian kelahiran beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam,
Anda akan yakin bahawa silsilah beliau adalah suatu keturunan dari
ayah-ayah yang terhormat, kerana beliau adalah Al-Nabi sall-Allahu
‘alaihi wasallam, Al ‘Arabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Abtahi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Harami sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al
Hasyimi sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Quraisyi sall-Allahu ‘alaihi
wasallam, elite dari Bani Hasyim, seseorang yang telah dipilih dari
suku-suku terunggul bangsa Arab, dari silsilah terbaik, keturunan paling
mulia, cabang yang paling subur, pilar tertinggi, asal usul terbaik,
akar-akar terkuat, memiliki lidah terfasih, gaya bicara terhalus, darjat
kebajikan) yang paling memberatkan, iman paling sempurna, persahabatan
paling kuat, kaum kerabat paling terhormat dari kedua pihak orang tua,
dan dari tanah Allah yang paling mulia. Beliaus all- Allahu ‘alaihi
wasallam memiliki banyak nama dan yang paling terkemuka adalah Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam ibn (putera) Abdullah. Beliau juga adalah
putera Abdul Muttalib, yang namanya adalah Syaybat-ul Hamd, anak Hasyim,
yang namanya adalah Amr; anak dari Abd Manaaf, yang namanya adalah
al-Mughiirah, anak dari Qusai, yang namanya adalah Mujammi’, anak dari
Kilaab, yang namanya Hakiim, ibn Murra, ibn Ka’b (dari suku Quraisy),
ibn Lu’ai, ibn Ghalib, ibn Fihr, yang namanya adalah Kinana, ibn
Khuzaima, ibn Mudrika, ibn Ilias, ibn Mudhar, ibn Nizar, ibn Ma’add, ibn
Adnan.
Ibn Dihia berkata, “Para ulama setuju dan kesepakatan ulama adalah bukti
bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam telah menyebutkan
silsilah beliau hingga Adnan, dan tidak menyebutkan di atas itu.” Ibn
‘Abbas radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan bahawa bila saja Muhammads all-
Allahu ‘alaihi wasallam menyebutkan silsilahnya beliau tak pernah
menyebut di atas Ma’add, ibn Adnan, dan akan berhenti, dengan
mengatakan, “Para genealogis (ahli silsilah) telah berbohong.” Beliau
akan mengulangi ucapannya itu dua atau tiga kali. Ibn ‘Abbas juga
berkata, “Di antara Adnan dan Isma’il ada tiga puluh ayah yang tak
diketahui [namanya, red.].”
Ka’b al-Ahbaar radiyAllahu ‘anhu berkata, “Ketika cahaya Muhammadsall-
Allahu ‘alaihi wasallam sampai pada Abdul Muttalib, dan dia telah
mencapai usia kedewasaan, dia tidur suatu hari di halaman Ka’bah; ketika
ia bangun, matanya terhitamkan dengan antimony (kohl), rambutnya
terminyaki, ia terhiasi dengan jubah yang indah dan cantik. Ia terkejut,
tak mengetahui siapa yang telah melakukan hal itu padanya. Ayahnya
menggapai tangannya dan segera membawanya ke tukang ramal Quraisy;
mereka menasihatinya untuk menikah, dan ia pun menikah. Bau dari misk
terbaik biasa memancar keluar dari dirinya, dengan Nur (cahaya) dari
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam berkilauan dari dahinya. Bila saja
terjadi kekeringan, kaum Quraisy biasa membawanya ke Gunung Tsabiir, dan
berdoa kepada Allah melalui dirinya memohon Allah untuk menurunkan
hujan. Allah akan menjawab doa mereka dan menurunkan hujan kerana
barakah dari Nur Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam.” Ketika Abrahah,
raja Yaman datang untuk menghancurkan rumah suci (Ka’bah) dan khabar
tentang ini sampai ke kaum Quraisy, Abd al-Muttalib berkata pada mereka,
“Ia tak akan sampai ke Rumah ini, kerana Rumah ini di bawah perlindungan
Tuhannya.”
Dalam perjalanannya ke Makkah, Abrahah menjarah unta-unta dan domba kaum
Quraisy, di antaranya empat ratus unta betina milik Abd Al-Muttalib. Ia
dan banyak dari kaum Quraisy pergi ke Gunung Tsabiir. Setelah mendaki
gunung tersebut, cahaya dari NabiyAllah sall-Allahu ‘alaihi wasallam
muncul dalam bentuk suatu lingkaran di dahinya seperti sebuah bulan
sabit, dan sinarnya terpantulkan ke Rumah Suci Ka’bah. Ketika ‘Abdul
Muttalib melihat hal itu, ia berkata, “Wahai, kaum Quraisy, engkau boleh
kembali sekarang, sudah aman. Demi Allah, kini cahaya ini telah
membentuk suatu lingkaran pada diriku, tak ada keraguan bahawa
kemenangan menjadi milik kita.”
Mereka kembali ke Makkah, di mana mereka bertemu seorang laki-laki yang
diutus Abrahah. Saat melihat wajah ‘Abdul Muttalib, laki-laki tersebut
tertegun, lidahnya tergagap-gagap. Ia pun pingsan, sambil melenguh
seperti lembu jantan yang tengah disembelih. Ketika ia sedar kembali, ia
pun jatuh bersujud kepada Abdul Muttalib, sambil berkata, “Aku bersaksi
bahawa engkau benar-benar Pemimpin Kaum Quraisy.”
Telah diriwayatkan pula bahawa ketika Abdul Muttalib muncul di depan
Abrahah, gajah putih yang besar dalam pasukannya melihat ke wajah Abdul
Muttalib dan jatuh berlutut seperti seekor unta, dan jatuh bersujud.
Allah membuat gajah tersebut berbicara, berkata, “Keselamatan bagi
cahaya di sulbimu, wahai Abd al-Muttalib.” Ketika pasukan Abrahah
mendekat untuk menghancurkan Ka’bah suci, gajah tadi berlutut kembali.
Mereka memukulinya kepalanya dengan hebat untuk membuatnya berdiri, yang
tak mahu ia lakukan. Tetapi, ketika mereka memutarnya menuju Yaman, ia
pun berdiri. Kemudian Allah mengirimkan untuk melawan mereka,
armada-armada burung dari lautan, setiap ekor dari mereka membawa tiga
batu: satu dalam paruhnya, dan satu dalam setiap cakar kakinya.
Batu-batu itu memiliki ukuran seperti miju-miju, dan jika satu batu
mengenai seorang prajurit, prajurit itu akan terbunuh. Pasukan Abrahah
lari tunggang langgang. Abrahah sendiri terserang suatu penyakit. Hujung
jari-hujung jarinya terlepas, satu demi satu. Tubuhnya mengeluarkan
darah dan nanah, dan akhirnya jantungnya terbelah, dan ia pun tewas.
Peristiwa inilah yang diacu oleh Allah ketika Ia berfirman pada
Nabi-Nyas all- Allahu ‘alaihi wasallam, mengatakan, “Tahukah engkau
bagaimana Tuhanmu memperlakukan Pasukan Gajah…” (QS Al-Fiil:1-5).
Peristiwa ini adalah suatu tanda akan martabat dari junjungan kita,
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam, dan suatu tanda akan kenabiannya,
dan kedudukannya. Peristiwa ini juga menunjukkan kehormatan yang
dikurniakan pada masyarakatnya, dan bagaimana mereka dilindungi, yang
membuat kaum Arab menyerah pada mereka, dan percaya pada kemuliaan dan
keunggulan mereka, kerana adanya perlindungan Allah atas diri mereka dan
pembelaan-Nya pada mereka melawan plot dari Abrahah yang seakan-akan tak
dapat dikalahkan .
Subscribe to:
Posts (Atom)
Live traffic feed
Blog archives
-
▼
2012
(17)
-
▼
December
(17)
- RASULULLAH MENANGIS KETIKA DI PADANG MAHSYAR
- KISAH TIGA SAHABAT YANG DIPULAUKAN
- KISAH PERUTUSAN RASULULLAH KEPADA RAJA ROM
- BALASAN ALLAH KE ATAS KAUM NABI LUTH
- PENGEMBARAAN NABI YAAKUB
- BAGAIMANA SENINYA DAKWAH RASULULLAH
- HANZALAH DIMANDIKAN MALAIKAT
- AINUL MARDHIAH
- MASYITAH DAN BAYINYA YANG CINTAKAN TUHAN
- KISAH AHLUL BAIT 2 – SITI FATIMAH AZ ZAHRA
- DISELAMATKAN JIBRAIL KERANA TAKUT BUAT DOSA
- KISAH SEBIJI TEMBIKAI
- Kisah Penciptaan Tubuh Rasulullah S.A.W
- Siapa Imam Al-Mahdi
- Kisah Nabi Salleh a.s
- Menyingkap kisah perjuangan Rasulullah s.a.w
- Kisah Menarik Bagaimana Nabi Muhammad Bertemu Alla...
-
▼
December
(17)
About me
Powered by Blogger.